Filem dan Islam...

~
(Sekadar hiasan.. :p )


Bismillah...

( Situasi 1 )

1 pagi yang damai.. time tgh lepak-lepak.. tibe2 hp ak berbunyi.. ade sorang hamba Allah bagi mesej yang berbunyi sedemikian...

" Salam der. Sehat ? Ak ade benda nak tanya sket. Apa pendapat korang-korang yang belajar agama,mengenai industri perfileman kita sejak 2 menjak nih.. Kalau buleh,kongsi-kongsi lah pendapat dengan ak. Sekadar ilmu kan... "

Byk lagi mesej die,tapi ak rase tak payah la nak tulis semua. Bukan best pon..
hoho.
..*


(Situasi 2 )

Jam : Ak tak sure. Tapi rase malam. Dalam area2 lepas maghrib or isya'.

Lokasi : Kamar Seni Mu'tah.

Penglibatan : Family Kamar Seni Mu'tah.

Mood : Biase jek. Suam-suam rindu.

si A berkata : " Ak rase industri filem kita dah ade la sket peningkatan. Ade mesej yang dorang nak sampaikan.. "

Si B pulak mencelah : " Meningkat celah mane. Asyik-asyik citer seram,padahal takde seram mane pon. Merepek jek... "

Tanpa diundang, si C menyampuk : " Ntah nye. Bila lah filem-filem Malaysia nak jadi superb macam filem orang puteh.

Ade lagi dialog2 lain,tapi ak malas pulak nak taip. Hehe... *

*ade yang ak edit,berdasarkan kesusaian ayat...
........................................................................................................


Orait.. Kali nih ak rase macam berminat nak cer citer pasal industri perfileman yang saban hari buleh kate makin meningkat. Meningkat dari segi ape,hah,same-same la kita pk kan !! :p
Ak takde pengalaman pon bnd2 nih,tp sebagai anak jati Malaysia,ak rase ak ade hak untuk bagi feed back. Biar pon bukan secara formal,tp rasanye tak salah klu kita ada pendapat sndiri kan ?

Industri perfileman sekarang..
Bagi ak,orait.. Memang ada kemajuan. Give a big clap for it.
Tapi...
Bagi ak jugak... Banyak lagi kekurangan yang patut di tampal supaya menjadikan ia sejajar dengan apa yang diuar-uarkan selama ini, "Malaysia Negara Islam.." Bukan itu saja,kita juga ada tanggungjawap yang patut dilaksanakan selagi memegang tittle "Muslimin dan Mukminin.."

Yes.. Memang ada mesej-mesej Islam dalam industri perfileman kita sejak 8 menjak nih..
Tapi dalam mase yang same,terdapat jugak unsur-unsur yang agak melebihi batasan-batasan
yang sepatutnya kita bataskan. Ak tanak mention filem ape,tapi bagi ak,hukum tetap hukum der !!

Sayang rasa nye. Cerita dah Da Bomb, mesej pasal Islam, nak bawak orang mengenal Islam, tapi ada lagi scene yang something not very nice to watch it...

Dan berdasarkan situasi 2 di atas,ramai jugak berpendapat.. cara terbaik setakat ni ialah..
" Mahasiswa Islam,perlu untuk bersama-sama terjun ke bidang perfileman nih "...
Tapi for sure,mesti ada yang kurang setuju dengan statement tersebut. Takpelah,bila ade pro and kontra, baru la best, bercabang sket pemikiran kita, kan ?

Secara peribadinya, ak setuju dengan statement tu. Sebab... :

Mahasiswa Islam,sekarang dah ramai, bersepah-sepah dah. Bila da bersepah-sepah,ak yakin mesti berbeza perangai-perangai dorang.Bila dah perangai yang berbagai-bagai, kebolehan dorg pon mesti berbagai-bagai jugak kan. " Setiap orang ada kebolehan dan kelemahan masing-masing " . Contoh, bagi mereka yang kuat berpersatuan,kebolehan mereka mungkin dalam bidang pengurusan. Sama jugak,mereka yang rajin berniaga, kebolehan mereka mungkin boleh dilihat dari segi strategi mencari peluang, mengumpul modal serta mengaut keuntungan. Untuk mereka yang berkebolehan memberi motivasi dan nasihat, ak berani cakap, kebolehan mereka itu mampu menuju kearah penciptaan bait-bait ayat dan perkataan yang indah serta berhikmah, sesuai dan relevan. Secara tak langsung, mampu menyumbang kepada penciptaan skrip-skrip yang baik. Bagi mereka yang minat dalam bidang muzik, kebolehan mereka mungkin dalam bidang mencari idea untuk menghasilkan satu karya menarik yang berkonsepkan Islam. Jadi ak rasa,andaikata klu di combine kan mereka-mereka nih,mane tau bule membawa satu perubahan untuk industri perfileman kita. Sape tau kan ? Rezeqi Allah luas...
Suka ak nyatakan,tak mustahil bnda-bnda mcm nih berlaku. Hatta kat Malaysia sendiri pon pernah keluar filem berkonsepkan Islam,seperti filem Syukur 21. Cuma nye,konsep ini masih belum berjaya dikembangkan dengan jayanya lagi.

Lagi satu. Ak percaya. Mahasiswa-mahasiswa kita sekarang berbakat dalam bidang perfileman ini. Cuma belum bersedia atau belum diberi peluang. Peluang berforum,bagi tazkirah,bagi ceramah mungkin da banyak,dan bnda tuh mmg tak dinafikan la. Tapi apa salahnya andai kita bukak sket pemikiran,kita luaskan lagi cabang dakwah. Bukan semua mampu memberi ceramah di depan khalayak ramai,tapi sape tau,mungkin mereka berkemampuan dan berkebolehan dalam bidang-bidang berstatus complicated mcm nih. Kalau semua nak jadi pilot,sape yang nak jadi penumpang kan ?? Selagi tak menyalahi syariah Islam,why not ?
Suke ak bagi gambaran. Contoh, Maher Zain. Lagu-lagu beliau bersifatkan Islam,ringan dan sangat mudah difahami. Dan ak rase, Malaysia antara negara yang paling ramai meminati Maher Zain. Muzik dan filem,mungkin ada satu dua perbezaan,tapi dua-dua bersifat global ? Jadi kalau muzik kita buleh salurkan menjadi satu cabang dakwah,kenapa filem tak buleh ??

Lastly,ak sokong statement atas tu sebab,filem merupakan antara platform terbaik untuk kita sebarkan dakwah Islam. Jangan kat Malaysia,kat Jordan nih pun ramai yg minat menonton movie or filem. Termasuklah ak.. Jadi rasanya,sangat-sangat lah sesuai jika kita jadikan dan merealisasikan industri ini sebagai salah satu cabang ke arah kebaikan.

Ak sekadar bagi contoh, itu pendapat ak. Benda nih bersifat subjektif. Luas skop nye. Mane yang betul tu,korang rasa nak ambik, ambik la. Yang kurang betul,tak payah la ambik. Korang kan pandai-pandai.. kan ? Kalau ada korang nak kongsi or komen ape2,silakan... :)

--> Islam itu menyeluruh. Memenuhi segala ruang dalam kehidupan kita.. Peace,no gadoh2 ^_^v

3 comments:

fikri ™ said...

39 like.. tq guyz :)

AzizahRoslan said...

sy setuju~! :)

fikri ™ said...

nurazizah3 : yeahhh ! tenkiu utk persetujuan anda.. :)

Post a Comment