Perubahan dan Istiqomah..

~

Bismillah..

Sejak dua tiga lapan menjak nih,banyak perubahan yang berlaku di sekeliling ak. Ada perubahan dari baik,kepada yg lagi baik, Alhamdulillah. Ade yg baik kepada kurang baik, Nauzubillah.
Perubahan tu perlu ke tak eh sebenarnya ?? Jom kita sama-sama pk kan..

Baik. Ni pendapat ak.. Korang rasa buleh terima,terima kasih. Yang rasa tak buleh nak terima,takpe lah. Korang ada akal sendiri kan, sama la dengan, korang pon ada pendapat sendiri. Jadi, cara terbaik, hormat menghormati pendapat-pendapat sesama kita.. hikhik :)

Bagi ak, perubahan tu sentiasa wujud dalam diri kita. Cume dibezakan dengan baik ataupun kurang baik ( ak rase lg better gune perkataan ni drpd gune perkataan "jahat" ). Contoh.. Perubahan manusia. Daripada sekecik-kecik tapak tangan, sampai sebesar-besar sekarang. Korang terpk tak ? Perubahan saiz tu, tidak buleh tidak, nak tanak, kita tetap akan lalui. Itu normal la. Kalau yg sebaliknya, ak tanak komen ape2 la. Mase kita darjah 1, pergi sekolah siap ada hingus2 kat hidung. Tapi bila da lama-lama, da semakin membesar, kita akan berubah. Pergi sekolah takde da nak hingus2 lagi. Dress up pon da makin smart, siap pakai sweater Zara lagi. hahhaha... Jadi, itu perubahan kan ? Point ak sebenar kat sini. Ak nk kongsi sedikit pengalaman dgn korang. Bagi ak,perubahan itu mmg dah ade,cume problema nye, kita kurang nak istiqomah...


Istiqomah,setakat yang ak belajar,bermaksud berterusan dalam melakukan kebaikan. For sure,ak yakin, semua orang yang memegang tittle "muslim " , pasti dan pasti pernah sembahyang walaupun sekali. Itu perubahan. Daripada tak reti sembahyang, jadi pandai sembahyang. Tapi,masalahnye adalah tak istiqomah. Bila kurang istiqomah,lama2 kita akan tinggalkan sembahyang sewenang-wenangnya. Bila sembahyang ditinggal-tinggalkan, macam2 la kerosakan yang terjadi... korang buleh imagine kan ?

Perubahan dan Istiqomah.. Yes !! dua benda yang berlainan definasi, tetapi mempunyai kaitan yang jarang kita nak explore. Mungkin terdapat beberapa episod dalam hidup kita, perubahan yang sukar kita nak ubah. Let say, someone yg mahukan perubahan daripada kurang baik kepada baik , secara jujurnya , memang tersangat payah. Ape yang ak leh katakan, nak berubah, slow-slow. Selesakan diri dulu untuk buat sesuatu yang mungkin baru bagi kita. Agar, suasana di sekeliling kita turut sama dengan keselesaan kita. Andaikata, mungkin ada yang berjaya berubah terus drpd kurang baik kepada baik, Alhamdulillh, itu bonus utk kalian..
Kita kaitkan dengan Istiqomah pula. Biar perubahan kita mengambil masa sebulan,hatta 18 bulan sekalipun, yang penting kita berjaya mengIstiqomahkan perubahan kita. Sifir nye, mudah. Perubahan, kita darabkan dengan istiqomah, itulah yg terbaikk . Dan istiqomah, kita tambahkan dengan perubahan diri dari masa ke semasa, kearah kebaikan, kemajuan yang akan kita dapat. Bermula dari kemajuan diri, agama, bangsa dan negara. InsyaAllah...

--> Kagum dengan Bob Lukman... Takbir !! ^_^v

0 comments:

Post a Comment