Muzik...

~
Bismillah...

Pagi ni korang ada dengar bunyi jam loceng tak ?
Kalau sape2 yang keluar dari rumah,korang ade dengar bunyi hon tak ?
Upss.. lupe. Korang ingat lagi tak lagu sekolah korang.. Ala,dulu kan kecik2 time perhimpunan msti ade slot nyanyi lagu Negaraku, lagu sekolah korang, Asmaul Husna pon ada jugak, kan ??

...................................................................................................

Orait.. Baru-baru nih, ak dan beberapa member2 laen mcm Jemer, Madd, Faten, Alman dan laen2,mengadakan satu diskusi, bertajuk, Seni Hiburan Dalam Islam. In fact, seni itu sendiri banyak cabangye,cuma untuk perbincangan time tuh, kiteorang decide untuk memilih seni muzik terlebih dahulu. Ak rasa best sket kalau ak mention name2 yg join sekali (Ijat, Syahir, Hisyam dan Helmi. Tak lupa untuk ahli rumah Pasir Putes Clarks. For sure, Kamar Seni jugak..tq guyz !!! ). Tu jela kot. Tak ingat.. Tapi takpe la.. Tak penting pon. Cume post kali nih ak nk juz nak kongsi ape natijahnye diskusi tersebut.

Muzik.. Apa yang ak faham, muzik tu bersifat global. Maksud muzik bagi ak, segala macam jenis bunyian yg dihasilkan sama ada secara langsung ataupun tidak. Tu secara umumnye la. Secara detailnye,macam2 takrifan ada...Sebelum ak teruskan,ak just nk mention kat sini. Benda ni bule kira macam agak sensitif. Ak berani nukilkan apa yang telah kiteorg bincang... Agak-agak bule terima, silakan.. Kalau sebaliknya,takpela.. ikot korang la. :)

Bagi kiteorg, muzik nih tak salah sebenarnye. Cuma nye, yang salah apabila kita masukkan unsur-unsur yang haram dalam muzik tuh. Contoh, muzik yang apabila ada dalamnye lirik-lirik yang berunsur syirik pada Allah, muzik yang membawa kita kearah keburukan, yes !! itu ak mengaku, itu salah. Tapi,bagaimana pula dengan muzik yang ade lirik berunsurkan Islam ??
Contoh,lagu Raihan 25 Rasul.. Jujur ak rase, lepas ada lagu tuh baru ak berupaya nak ingat nama-nama Nabi dan Rasul kita. Jadi,secara tak langsung, Muzik menjadi salah satu cabang dakwah. Jadi,salah ke muzik tuh ??

Mungkin ada yang mengatakan, " Muzik tak buleh. Ak tak pernah dengar muzik pon seumur hidup ak..bla bla bla... " Orait.. Sila refer ayat-ayat pendahuluan ak. Muzik tu fitrah. Contoh.. Sorang baby menangis, mak dia datang,nyanyi2 kan sket.. Dodoi2 kan.. Kebiasaannya, bayi tu mesti akan berhenti menangis. Tido pon mungkin. Dari situ kita bule nampak, Muzik tu fitrah...
Kiteorg bukan nak tolak orang-orang yang tak bule terima muzik,takde ! Kiteorg hormat persepsi dorang. Peace,no gadoh2 ^_^v...

Cumanye.. bagi kiteorg, muzik itu akan jadi salah apabila ada unsur-unsur keburukan masuk dalam muzik tuh. Contoh, pisau. Let say,someone yang gunakan pisau untuk bunuh orang laen. Yes,berdosa. Tapi mcm mane pulak someone yang gunakan pisau yang sama,untuk potong daging buat masak ? potong sayur2... Dose ke ? Macam tu jugak dengan muzik. Muzik tak salah.. Tapi bila disalahgunakan, ia akan mendorong kepada satu kesalahan.

Bagi pendapat kiteorg. Kepala bagi muzik adalah liriknye. Lirik yang membawa orang kepada tuhan, lirik yang membawa orang untuk mengenal Islam,tak salah. Untuk alatan muzik,ak setuju dengan pendapat kawan2 ak ! Muzik dan alatan muzik,memang sukar untuk dipisahkan. Selagi liriknye masih bertepatan dan sesuai,kiteorg rase dari segi alatan muzik nye pon takde masalah.

Ade jugak sesetengah orang,mengambil muzik nih sekadar untuk hilangkan bosan, untuk release tension barangkali. Itu terpulang kepada individu masing-masing. Muzik tu tersangat luas. Muzik juga kadang2 buleh mempengaruhi mood kita dalam masa2 tertentu. Dan juga,kadang-kadang mampu untuk mempengaruhi orang yang berada di sekeliling kita. Jadi, tak salah kirenye kita jadikan muzik juga satu platform untuk berdakwah...

Konklusinye.. Muzik tu fitrah. Muzik tu tak salah. Yang salah apabila kita melebih2kan muzik dari perkara yang sepatutnya kita lebihkan. Korang bule pk kan maksudnye. Cumanye sekarang, perkara ni ade khilaf. Kita sama-sama pegang apa yang kita setuju, dan kita hormat apa yang kita kurang setuju. Lagi best, bila kita tahu dalil dan hujah akan apa yang kita pegang. Wallahualam...

* Semua di atas ak nukilkan utk menjadi bahan bacaan yang ringan, berdasarkan perbincangan kiteorang aritu. InsyaAllah, kiteorang ada dalil dan hujah kiteorang sendiri..... :)

--> Tq kepada sume, yang menjayakan Diskusi Ilmiah,Cafe Kamar Seni.. Ingat, niat utk cari kebenaran, bukan utk cari apa yang kita nak... :)


0 comments:

Post a Comment