hobiku hobimu jua...

~

Bismillah..

" Apa yang akan berlaku sekiranya kat dunia nih semua orang nak jadi Perdana Menteri ?? "

" Macam mane pulak kalau semua orang nak jadi Pemandu lori Indah Water ?? "

" Agak-agak,macam mane kalau semua Universiti atau Kolej Swasta menawarkan kos yang sama sahaja ? "

--------------------------------------------------

Haha.. korang buleh imaginasikan tak apa yang berlaku sekiranya monolog di atas benar-benar berlaku ? Buleh cakap, dunia kita nih berkemungkinan akan menjadi hambar, suram, layu, pilu, dan sebagainya jika perkara tersebut betul2 berlaku.
Tapi Alhamdulillah, benda-benda di atas tidak terjadi pada dunia kita sekarang. Realiti nye, manusia mempunyai pelbagai hobi dan cita-cita masing-masing. Sedikit sebanyak mendorong kepada kepelbagaian warna yang secara langsung mendorong kepada kemeriahan di dalam kehidupan kita sebagai seorang yang bernama manusia.
Korang sedar tak, sebenarnya hobi dan cita-cita kita nih buleh membawa kepada sesuatu yg kebaikan. Mungkin kita tak nampak secara langsung, tapi kalau kita fikirkan balik,memang pasti dan pasti ada tercoret sedikit sebanyak kebaikannya. Untuk ini, kita perlukan sebuah pemikiran yang positif, open minded.. Jangan kita sempitkan pemikiran kita. Bukan best pon..

Secara rambang, antara hobi yang agak popular :

1- Suka menyanyi

- Yes.. Hobi menyanyi memang antara yang top sekarang. Tak dapat nyanyi atas stage, kat toilet pon buleh,kan ? Tapi, klu dihaluskan lagi hobi nih, sebenarnye orang yang suke menyanyi bila baca Al-quran mesti sedap. Bila dia mengaji,dia dapat pahala. Dan bila sedap, mesti ramai suke dengar kan ? Secara tak langsung, orang yang dengar die bace Al-quran pon buleh dapat pahala jugakk.. Sebab, orang yang mendengar Al-quran pon Allah akan bagi pahala jugak,kan ??

2- Tulis Blog

- Haha.. Untuk penulis blog, sebenarnya banyak kebaikannya. Kalau blog yang bertemakan dakwah dan nasihat, memang dah sah-sah bagi banyak kebaikan. Tapi kalau blog yang bertemakan peribadi, korang jugak buleh dapat kebaikan. Contoh, someone yang menulis mengenai pengalamannya menjelajah negara-negara laen. Secara tak langsung, kita jugak buleh tahu keadaan negara-negara laen.

3- Suka snap gambar

- Sejak 2 menjak nih, hobi snap gambar nih melonjak naik. In fact, orang yg suke snap gambar nih adalah seorang yang kreatif. Orang yang kreatif, otak mereka akan berfungsi sedikit lebih daripada orang yang kurang kreatif. Relationnye kat sini, otak yang kuat berfungsi ni, akan berfikir jauh dalam melakukan sesuatu perkara. Andai diserikan dengan pengetahuan agama, peratus untuk mereka melakukan kesalahan adalah sangat rendah. Jadi, sila berfikir sejenak :)

4- Suka berfesyen

- Yang nih simple. Orang suka berfesyen nih, antara orang-orang yang suka akan kebersihan. Secara tak langsung, memberi gambaran yg positif kepada orang bukan Islam, bahawa Islam suka akan kebersihan.


Btw, semua-semua diatas berhajat kepada niat kita. Niat yang baik,InsyaAllah ade ganjaran untuk kita. Kalau yang sebaliknya, korang buleh pikir sendiri kot ? Kan best kalau, kita buat apa yang kita minat, ditambah pulak dengan niat yang baik, kan ?? Maybe ada yang bertanya, kenapa contoh ak clean jekk.. Yang baik2 jek.. Reasonnye, ak percaya something. Ak yakin, otak kita berupaya untuk control badan kita. Bila otak kita pikir yang baik2, ia akan mendorong badan kita kearah kebaikan jugak, insyaAllah !! :)

--> Tenkiu pada korang-korang yg sudi baca, sudi singgah, sudi like, sudi follow blog nih.. hikhik :)

9 comments:

cokelat91 said...

byk sgt hobi manusia ni~ hoho

fikri ™ said...

haha.. laju nye.
tu ar tu.. hobi kat atas nih antara yg popular.. :)

Shaker™ said...

like dan comen!. mcm2 hobi manusia.. tapi yang menulis blog tu saya ade.. hihihi

fikri ™ said...

hehe.. tenkiu !
harussslahhh.. anda kan mentor sy dlm bab2 blog nihh... :)

cokelat91 said...

haha.. tambah satu lagi; hobi tido.. ni ramai yang SUKE..hohoho~

fikri ™ said...

haha.. tido tu mmg tak dpt dinafikan lg la..
lg2 kt luar msia nih.. :p

cokelat91 said...

hahaha;adeehh2..btoi2~ ;)

$hakirShafiee™ said...

xde la mentor.. sekadar membantu.. nnti aku p umah hg kita talk pasal nuff lagi ek..

fikri ™ said...

orait2..
tenkiu !! :)

Post a Comment